Selamat datang ke

Klinik Bala Farlim


Klinik kami menyediakan perkhidmatan rawatan pesakit luar untuk seisi keluarga dengan pendekatan yang mesra, mudah diakses dan berfokus kepada keperluan pesakit.


Rawatan Telinga, Hidung, Tekak (Ear, Nose, Throat)


Kami menyediakan rawatan telinga, hidung dan tekak untuk masalah harian seperti telinga tersumbat, tahi telinga, sakit telinga, hidung berdarah ringan, sakit tekak dan pemeriksaan awal masalah ENT.
Prosedur seperti ear toilet atau ear wax removal boleh dilakukan


Pemeriksaan Ultrasound / Scan


Kami menyediakan pemeriksaan ultrasound terpilih di klinik untuk membantu penilaian awal keadaan tertentu, mengikut keperluan pesakit.
Antara pemeriksaan yang boleh ditawarkan termasuk scan abdomen, pelvis, kehamilan awal atau penilaian asas lain mengikut indikasi klinikal.


Pelbagai Perkhidmatan & Rawatan


• Rawatan demam, batuk, selsema dan sakit tekak
• Rawatan luka, dressing dan minor injury
• Pemeriksaan tekanan darah, kencing manis dan kolesterol
• Pemeriksaan kesihatan @ medical check-up
• Suntikan, nebulizer, rawatan IV drip
• Rawatan sakit sendi dan sakit lutut
• Pemeriksaan ibu dan anak
• Ujian darah, air kencing dan saringan kesihatan
serta banyak lagi perkhidmatan dan rawatan disediakan untuk anda


Kami menyediakan prosedur dan rawatan yang sesuai dilakukan di klinik seperti rawatan luka, jahitan luka, dressing, incision and drainage untuk abses terpilih, nail avulsion dan rawatan kecederaan ringan yang lain.


Doktor Bertugas


Kami adalah klinik komuniti yang menyediakan rawatan harian, pemeriksaan kesihatan, prosedur kecil dan perkhidmatan kesihatan keluarga dalam suasana yang mesra dan mudah diakses.Matlamat kami adalah untuk memberikan rawatan yang selamat, jelas dan berhemah kepada setiap pesakit.